Tuesday, September 15, 2009

Peraturan Penuh Liga Futsal " PAS FOR ALL"

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL

1 UNDANG-UNDANG PERLAWANAN

1.1 Undang-undang permainan hendaklah mengikut undang-undang yang berkuatkuasa sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) serta diterima telah diterima oleh persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM)

1.2 Selain dari peraturan umum di atas, Jawatankuasa Teknikal Pertandingan adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan,selaras dengan matlamat penganjur aktiviti sukan .

2 PENDAFTARAN PEMAIN

2.1 Semua permohonan hendaklah menggunakan borang-borang yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

2.2 Terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan kaum yang berumur dalam linkungan 18-40 tahun sahaja.

2.3 Setiap pasukan boleh mendaftar 8 orang pemain dan 1 orang pengurus.

2.4 Pemain tidak dibenarkan mendaftar lebih daripada satu pasukan.

2.5 Sebarang perubahan atau tambahan pemain setelah pertandingan bermula tidak akan diterima.

2.6 Borang Pendaftaran Pasukan yang telah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan yanag diserahkan kepada Urusetia Kejohanan dikira adalah muktamad.

2.7 Tiada had pertukaran semasa perlawanan. Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula

ke gelanggang sebagai penganti kepada pemain lain.

2.8 Pasukan yang didapati menggunakan pemain yang tidak berdaftar atau tidak layak bermain akan dibatalkan penyertaannya.

3 PENANGGUHAN

3.1 Permohonan untuk penangguhan perlawanan tidak akan dibenarkan. Hanya penganjur berhak untuk menangguh atau meminda mana-mana perlawanan jika perlu.

4 PAKAIAN / SENARAI PEMAIN

4.1 Pasukan yang bertemusekiranya mempunyai warna jersi yang sama maka salah satu pasukan akan diundi untuk memakai baju sarung yang akan disediakan.

4.2 Setiap pemain beragama Islam diwajibkan pakaian yang menutup Aurat . Kegagalan berbuat demikian menyebabkan penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan.

4.3 pemain yang bukan beragama Islam digalakkan 'fit Tight' jika memakai seluar pendek

5 MASA PERLAWANAN

5.1 Masa perlawanan adalah 5 minit x 5 minit pada pusingan awal peringkat kumpulan atau liga.

5.2 Bagi pertandingan peringkat kalah mati, suku akhir, separuh akhir, dan akhir masa pertandingan

adalah 7 minit x 7 minit.

5.3 Bagi peringkat kalah mati dan seterusnya jika perlawanan masih lagi terikat apabila wisel penamat dibunyikan, maka penentuan akan dijalankan melalui sepakan penalti. Sebanyak 3 sepakan penalti akan diberikan dan jika perlawanan masih lagi berkesudahan dengan keputusan seri, maka penentuan akan dilakukan melalui ‘lambungan duit syiling’.

6 WAKTU BERMULA

6.1 Majlis Pra Kejohanan akan bermula dengan pendaftaran pasukan pada 8.15 pagi dan Majlis Perasmian pada 8.30 pagi.

6.2 Pertandingan akan bermula pada jam 9.00 pagi dan setiap Pengurus/wakil pasukan yang bertanding mesti melapor kepada urusetia serta pemain perlu berada di kawasan permainan 10 minit sebelum perlawanan bermula.

6.3 Jika waktu bermula sesuatu perlawanan hampir atau sama dengan waktu kedengaran azan, maka perlawanan hendaklah dimainkan selepas tamat azan tersebut. Jika permainan sedang berjalan dan azan kedengaran, permainan hendaklah dihentikan dan disambung semula selepas azan tamat.

7 KELEWATAN

7.1 Hanya 5 minit masa menunggu sahaja diberikan kepada pasukan yang lewat. Jika sekiranya pasukan yang

bertanding lewat tiba melebehi masa yang diberikan maka kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawanya dengan tiga(3) mata dan jaringan tiga(3)-kosong(0)

8 BILANGAN PEMAIN

8.1 Pasukan yang menurunkan kurang 1/3 orang pemain semasa perlawanan hendak dimulakan akan diisytiharkan kalah dan pasukan lawan tersebut akan diberi kemenangan percuma dengan jaringan kiraan gol tiga kosong (3 – 0). Jika kedua-dua pasukan gagal mengadakan bilangan pemain, maka penganjur akan mengambil tindakan yang difikirkan perlu.

9 PERLAWANAN DITUNDA / DIHENTI

9.1 Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan kerana tingkahlaku penonton, pegawai atau pemain sesebuah pasukan yang tidak memuaskan, maka penganjur boleh mengambil keputusan seperti berikut:

Kemenangan diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan gol tiga kosong (3 – 0).

10 DENDA KERANA GAGAL BERMAIN

10.1 Sesebuah pasukan yang tidak melaporkan diri untuk sesuatu perlawanan akan dikenakan tindakan, kecuali dalam hal bencana alam atau di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jika pasukan tersebut enggan meneruskan permainan atau meninggalkan padang sebelum tamat perlawanan, maka pasukan yang ingkar akan dikira kalah dan kemenangan akan diberikan kepada lawannya dengan kiraan gol tiga kosong (3 – 0) atau jaringan semasa perlawanan dihentikan.

11 TARIK DIRI

11.1 Pasukan yang menarik diri dari kejohanan ini selepas penyusunan jadual akan dianggap bersalah.

11.2 Yuran penyertaan pasukan tidak akan dipulangkan jika terdapat mana-mana pasukan yang menarik diri di saat akhir.

12 PEGAWAI PERTANDINGAN

12.1 Penganjur akan melantik pegawai perlawanan iaitu pengadil yang memperolehi sijil dan yang berkelayakan.

12.2 Sekiranya mana-mana pegawai pertandingan yang tidak hadir untuk sesuatu perlawanan, penganjur akan menentukannya.

13 FORMAT PERLAWANAN

13.1 Format perlawanan ini akan dijalankan secara Liga 8 Kumpulan pada Peringkat Awal dan 2 pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak bertanding di Peringkat kalah mati, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir dan perlawanan akan dijalankan secara kalah mati.

13.2 Pemberian mata adalah seperti berikut:-

13.2.1 Menang - 3 mata

13.2.2 Seri - 1 mata

13.2.3 Kalah - 0 mata

13.3 Jika terdapat pasukan yang mempunyai kedudukan mata yang sama di dalam peringkat kumpulan, jumlah jaringan gol akan digunakan. Jika masih sama, jumlah jaringan kena akan dilihat dan terus kepada pasukan mana yang berjaya menewaskan pasukan lawan dan akhir sekali, lambungan duit syiling akan digunakan bagi menentukan pemenang.

14 URUSAN VENUE PERTANDINGAN

14.1 Penganjur akan bertanggungjawab di atas urusan padang, peralatan dan bahagian teknikal yang diperlukan.

14.2 Venue yang sesuai yang sahaja boleh digunakan untuk pertandingan tersebut.

15 KAWALAN KESELAMATAN

15.1 Pasukan yang terlibat hendaklah bertanggungjawab diatas tingkahlaku pemain, pegawai dan penyokong pasukan masing-masing agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

15.2 Sekiranya penganjur mendapati mana-mana pasukan yang gagal menjalankan tanggungjawab ini maka penganjur boleh mengambil tindakan yang difikirkan perlu.

16 BANTAHAN

16.1 Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis dan sampai ke Urusetia dalam masa sepuluh (10) minit selepas tamatnya perlawanan berkenaan dengan disertakan wang tunai sebanyak RM 100.00 yang tidak akan dikembalikan jika bantahan itu tidak berjaya.

16.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara fakta yang dibuat oleh pengadil di padang permainan.

16.3 Juri Rayuan yang akan bersidang untuk rayuan atau bantahan terdiri dari Pengerusi Penganjur, 2 Urusetia Penganjur dan Ketua Pengadil.

17 BOLA PERLAWANAN

17.1 Bola perlawanan hendaklah disediakan oleh penganjur dan menepati kehendak FIFA.

18 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN

Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan tafsiran akan diputuskan oleh penganjur dan keputusan itu adalah.



Tarikh Tutup Penyertaan Pada Hari Jumaat 23 Okt 2009 sebelum jam 9 malam. Pengundian serta taklimat kepada Pengurus Pasukan/Wakil akan diadakan pada hari yang sama dengan tarikh tutup penyertaan .